Malaysia

Penuntut UMS ditemui meninggal dunia dalam kampus

Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Sabah (UMS), berusia 23 tahun, ditemui meninggal dunia di Dewan Canselor kampus berkenaan lewat pagi tadi, dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh dua pekerja penyelenggaraan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan pada jam 11.10 pagi.

Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh.

Semakan rakaman CCTV menunjukkan mangsa terjatuh pada jam 6.09 petang, Rabu lalu, tanpa disaksikan orang awam.

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), dengan siasatan lanjut masih diteruskan.

Pihak UMS mengesahkan kejadian berkenaan, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker