Malaysia

Perkeso laksana 10 reformasi utama bagi perlindungan sosial menyeluruh

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melaksanakan 10 reformasi utama bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial untuk semua pencarum, termasuk pekerja gig, migran dan pekerja tetap.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata reformasi tersebut berpaksikan tiga keutamaan kementerian, iaitu kebajikan, kemahiran dan keberhasilan (3K), bagi memastikan semua pekerja menerima perlindungan yang adil serta menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Media Perkeso 2025 iLINDUNGu, di ibu kota, pada malam Khamis.

Dalam RUU Pekerja GIG yang dibentangkan di Parlimen, Steven menambah bahawa pekerja media sambilan seperti jurugambar, juruvideo dan pemberita turut menerima perlindungan.

Elaun mobiliti RM1,000 juga diperkenalkan untuk pencari kerja yang memperoleh pekerjaan lebih 100 kilometer dari tempat tinggal.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker