Malaysia
Selepas pukul anak saudara guna tukul besi, lelaki mati tergantung pada pokok di Bachok
Selepas disyaki memukul anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan tukul besi di sebuah rumah kedai di Jelawat, petang Khamis.
Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan mati tergantung pada sebatang pokok berhampiran Pantai Melawi, Bachok.
Mangsa kanak-kanak kini dalam keadaan kritikal akibat serangan itu. Suspek dilaporkan melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum ditemui meninggal dunia kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman, memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



