Malaysia
Tahanan warga Pakistan kes seksual kanak-kanak lolos Penjara Sungai Buloh

Polis memburu seorang tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, dengan suspek dikenal pasti mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan diterima semalam sebelum operasi mengesan suspek dilancarkan segera termasuk di kawasan sekitar dan lokasi berpotensi.
Lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu berdepan beberapa pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan imigresen.
Suspek kali terakhir dilihat memakai kemeja-T oren dan seluar panjang hitam.
Orang ramai diminta berwaspada dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha mengesannya.




