Taufan Melissa: 30 maut di Haiti, lebih 1.5 juta penduduk terkesan

Sekurang-kurangnya 30 maut di Haiti manakala lebih 1.5 juta penduduk di Jamaica terjejas akibat Taufan Melissa.
Infrastruktur di Jamaica rosak teruk dengan lebih 130 jalan terputus serta gangguan elektrik dan komunikasi, manakala beberapa hospital turut musnah sehingga memaksa PAHO menghantar pasukan perubatan kecemasan.
PBB menganggarkan sekitar 360,000 penduduk Jamaica memerlukan bantuan makanan dan kini menyelaras ketibaan pasukan bantuan antarabangsa. Di Haiti, tanaman dan sektor perikanan turut rosak teruk, memburukkan lagi krisis kebuluran.
Taufan itu turut menyebabkan banjir besar dan kerosakan tanaman di timur Cuba, namun tindak balas segera dapat dijalankan hasil pelaksanaan pelan tindakan awal oleh kerajaan negara itu dengan sokongan PBB.



