MalaysiaSukan

TMJ dakwa keputusan FIFA bermotif politik

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa keputusan FIFA menolak rayuan FAM berhubung isu tujuh pemain warisan Malaysia bermotifkan politik dan tidak berasaskan undang-undang.

Baginda menegaskan keputusan FIFA menghukum pemain terbabit dibuat tanpa menggunakan peruntukan undang-undang yang tepat, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadilan badan bola sepak dunia itu.

Keputusan FIFA pada Isnin mengekalkan hukuman denda dan penggantungan 12 bulan terhadap FAM serta tujuh pemain warisan.

Ia melibatkan Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Isu itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong bola tempatan, namun TMJ menegaskan FAM akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mendapatkan keadilan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker