Malaysia
Wang RM20.3 juta dipindahkan ke FashionValet – Mahkamah diberitahu

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu terdapat dua transaksi pemindahan wang berjumlah RM20.3 juta daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) ke FashionValet Sdn Bhd pada 4 Jun 2018 dan 20 Disember 2018.
Penolong Pengurus Maybank Cawangan Jalan Tun Razak, Shamsiah Musa, mengesahkan pemindahan itu membabitkan RM11.95 juta dan RM8.37 juta berdasarkan penyata akaun PNB.
Keterangan itu diberikan pada hari kedua perbicaraan kes pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, yang didakwa atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan PNB berjumlah RM8 juta.
Saksi turut mengesahkan tiada arahan pembekuan atau sekatan terhadap transaksi tersebut.




