Malaysia
PRN Negeri Sembilan uji pengaruh Tok Mat, Anthony Loke dan Aminuddin

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar menentukan kerajaan negeri, malah menjadi medan ujian buat tiga tokoh utama negara iaitu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mohamad atau Tok Mat mempertahankan kubu kuatnya di Rantau, Anthony Loke berdepan cabaran membuktikan pengaruh DAP kekal utuh di luar kawasan tradisinya, manakala Aminuddin pula memikul tanggungjawab memastikan Pakatan Harapan (PH) terus mengekalkan pentadbiran negeri.
Keputusan PRN ini dijangka menjadi petunjuk penting terhadap kekuatan parti-parti utama serta sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.



