Malaysia

Penghargaan buat pengamal media, Teo Nie Ching kongsi kemeriahan Deepavali bersama warga Vanakkam Malaysia

Kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ke pejabat Vanakkam Malaysia sempena Deepavali menjadi tanda penghargaan terhadap komitmen dan usaha warga media dalam menyampaikan berita kepada masyarakat.

Beliau meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama warga kerja Vanakkam Malaysia, sekali gus berkongsi kemeriahan sambutan Deepavali dalam suasana mesra.

Dalam pertemuan itu, Teo Nie Ching turut mengiktiraf peranan Vanakkam Malaysia sebagai antara organisasi media Tamil terkemuka negara yang menyumbang kepada penyampaian maklumat dan suara masyarakat.

Beliau turut beramah mesra dengan kakitangan serta mendengar pandangan mereka mengenai tugasan dan perkembangan industri media.

Turut hadir, Pengarah Urusan Vanakkam Malaysia, Thiagarajan Muthusamy, Ketua Bahagian Berita, Vedakumari Venkatesan, Ketua Bahagian Pemasaran, Jeganathan Palanisamy, Ketua Bahagian Teknikal, Ramesh Padmanaban, Pegawai Pemasaran, Gopalakrishnan serta kakitangan bahagian berita.

Teo Nie Ching turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Kunjungan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan warga media, malah menjadi suntikan semangat buat kakitangan Vanakkam Malaysia dalam meneruskan tanggungjawab menyampaikan berita kepada masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker