Malaysia

Terlibat ritual agama lain, lelaki Muslim diarahkan jalani pemulihan akidah

Seorang lelaki Muslim, diarahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan pemujaan salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, hari ini.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib memerintahkan tertuduh, Aliff Daniel Adli, 21, menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman bermula hari ini.

Kesalahan itu melibatkan perbuatan menjunjung alat keagamaan lain, mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves antara jam 9 hingga 11 malam, 24 Januari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Mahkamah turut menetapkan 25 Februari 2027 sebagai tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan pemulihan tertuduh.

Terdahulu, Aliff Daniel yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum kerana perlu menjaga ibu dan adiknya.

Dia turut memaklumkan sudah bertaubat serta memohon bimbingan agama. Pendakwa Syarie, Zamniazura Mohd Sarin mencadangkan perintah pemulihan digunakan mengikut Seksyen 54(1) enakmen sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker