Malaysia
Wanita maut dihempap pokok ketika berkhemah di Janda Baik

Seorang wanita maut manakala dua termasuk seorang kanak-kanak lelaki parah selepas khemah di tapak perkhemahan Pulau Santap, Janda Baik dihempap pokok tumbang pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian jam 7.56 pagi.
Menurutnya, sebaik mendapat laporan, 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.
Pokok setinggi kira-kira 15 meter itu menimpa khemah mangsa sebelum bomba menemui tiga mangsa di lokasi.
Mayat wanita terbabit diserahkan kepada polis manakala dua lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.




