Wanita menyelam ketika datang haid di Maldives digigit jerung

Seorang wanita China berusia 26 tahun cedera digigit jerung ketika menyelam di Maldives baru-baru ini semasa sedang datang haid.
Wanita itu dilaporkan sedang mengikuti kursus menyelam dan tetap mahu masuk ke air untuk memuat naik gambar dan video di Instagram, dan menggunakan tampon semasa menyelam.
Kecederaan dilaporkan berlaku di bahagian pergelangan tangannya, namun tidak serius apabila wanita itu dilihat tenang dan enggan keluar dari air bagi mendapatkan rawatan.
Meskipun saksi kejadian mengarahkannya untuk mendapatkan rawatan, wanita itu masih berdegil dan hanya membersihkan luka serta mendapatkan suntikan tetanus sebelum pulang semula ke China.
Jelas wanita itu, jerung tersebut mungkin tertarik untuk mendekatinya kerana gelang perak yang dipakainya ketika menyelam.




