Dunia

Zohran Mamdani cipta sejarah jadi Datuk Bandar NYC pertama Islam, termuda

Zohran Mamdani mencipta sejarah apabila menjadi Datuk Bandar New York City pertama beragama Islam dan termuda, selepas menewaskan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo serta calon Republikan, Curtis Sliwa.

Calon Demokrat berusia 34 tahun itu menang besar dalam pilihan raya yang dianggap mencerminkan perubahan haluan politik Amerika.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri New York itu menumpukan kempen kepada isu kemampuan hidup dan keadilan sosial, termasuk membina rumah mampu milik.

Termasuk menaikkan gaji minimum kepada AS$30 sejam, menyediakan pengangkutan awam percuma dan mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kaya.

Dibiayai melalui sumbangan kecil dan sokongan akar umbi, kempen Mamdani mendapat momentum besar hasil strategi digital dan pendekatan mesra rakyat.

Walaupun berdepan serangan politik serta sentimen Islamofobia, termasuk tuduhan ekstremisme dan kritikan terhadap pendiriannya mengenai Israel, kemenangan Mamdani dalam pilihan raya dengan jumlah pengundi tertinggi sejak 1969 menandakan kebangkitan gerakan politik progresif di New York.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker