Malaysia
Jimat RM10, kerajaan tanggung tukar MyKad secara percuma bermula hari ini!

Penukaran MyKad percuma bermula hari ini sehingga 7 Oktober bagi pemegang kad yang mengalami masalah cip rosak.
Langkah ini diumumkan selepas trend permohonan penggantian MyKad rosak meningkat ketara sejak tiga bulan lalu dengan purata sekitar 43,000 kes sebulan.
Sejak Januari hingga Ogos, lebih 294,000 permohonan direkodkan, manakala bagi September sahaja sehingga semalam, sebanyak 22,858 permohonan diterima.
Kerajaan menanggung sepenuhnya kos penggantian yang dianggarkan berjumlah lebih RM700,000 sepanjang tempoh ini.




