Malaysia
Kanak-kanak 7 tahun lemas jatuh parit di Teluk Intan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Chenderong Balai, Labu Kubong, Teluk Intan, pada Selasa.
Mangsa dilaporkan jatuh antara jam 5 hingga 6 petang, sebelum penduduk kampung berusaha mencarinya namun gagal.
Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam berjaya menemui mayat kanak-kanak itu di dasar air, kira-kira 800 meter dari lokasi awal kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, dengan operasi pencarian ditamatkan sekitar jam 4.10 pagi.




