Dunia
Hukuman gantung K Datchinamurthy di Singapura hari ini dihentikan

Pelaksanaan hukuman mati rakyat Malaysia, K Datchinamurthy yang dijadualkan berlangsung di Penjara Changi, Singapura pagi ini dihentikan.
Menurut laporan Free Malaysia Today, keluarga Datchinamurthy menerima panggilan dari pihak penjara tengah malam tadi memaklumkan perkembangan itu.
K Datchinamurthy dijadualkan menjalani hukuman mati hari ini atas kesalahan menyeludup 44.96g diamorfin ke Singapura.
Datchinamurthy merupakan seorang daripada empat rakyat Malaysia berdepan hukuman mati di republik itu selain P Pannir Selvam, S Saminathan dan R Lingkesvaran.
Dia ditahan pada 2011 dan dijatuhkan hukuman mati pada 2015. Pelaksanaan hukuman yang sepatutnya berlangsung 2022 ditangguhkan selepas dia mendapat penangguhan sementara.



