Dunia

Perkahwinan Sabronzo, DJ Dash Berlin di Bali jadi perhatian dunia! ‘Wedding of The Year’?

Foto perkahwinan ala Barat yang dipercayai membabitkan anggota Dolla, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli, 30, bersama DJ antarabangsa, Dash Berlin, mencuri tumpuan di media sosial sejak malam tadi.

Dalam beberapa perkongsian, wanita menyerupai Sabronzo kelihatan anggun dalam gaun putih bahu terdedah, sementara Dash Berlin tampil segak dengan sut krim.

Momen itu segera mengundang pelbagai reaksi peminat yang tidak henti mengucapkan tahniah, meskipun kesahihan majlis tersebut masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikaitkan dengan hubungan cinta bersama seorang DJ antarabangsa, namun penyanyi itu lebih selesa menyimpan privasi soal peribadinya.

Tinjauan di laman sosial rasminya juga tidak menunjukkan sebarang kemas kini tentang majlis berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker