Malaysia

Nak pinjam lebih RM100,000 perlu hadir modul kewangan dahulu – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat baharu bahawa mana-mana individu yang mahu memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 wajib menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan terlebih dahulu.

Peraturan ini terkandung dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang berkuat kuasa hari ini, dengan tujuan menggalakkan amalan pinjaman berhemah serta memastikan pengguna benar-benar memahami risiko hutang jangka panjang.

Selain itu, BNM menetapkan pinjaman peribadi hanya boleh ditawarkan dengan tempoh maksimum 10 tahun, melarang penggunaan kadar rata atau Peraturan 78 dalam pengiraan faedah/keuntungan, serta mewajibkan pendedahan kadar faedah sebenar kepada peminjam.

Langkah ini diambil selepas pemerhatian mendapati persaingan sengit dalam pasaran kredit runcit mendorong kepada pinjaman tidak berhemah, termasuk produk yang kelihatan mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan beban hutang isi rumah.

Justeru, bank dan institusi kewangan diwajibkan menilai kesesuaian serta kemampuan peminjam dengan lebih ketat.

Dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan di Malaysia.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker