Malaysia

VBoom, platform TikTok Shop baharu bantu PMKS kuasai pemasaran digital

Ramai peniaga kecil dan sederhana (PMKS) berdepan cabaran menguasai media sosial kerana kurang pendedahan serta kemahiran pemasaran digital.

Menyedari keperluan itu, VBoom diperkenalkan sebagai platform TikTok Shop baharu khusus untuk membantu peniaga tempatan meningkatkan jualan dengan cara lebih tersusun dan berkesan.

Melalui VBoom, peniaga bukan sahaja mendapat akses studio khas untuk sesi penstriman langsung, malah turut menerima bimbingan daripada pakar pemasaran berpengalaman bagi memastikan produk dipasarkan terus kepada pelanggan sasaran.

Sebagai langkah awal, VBoom akan memulakan sesi penstriman secara langsung pada 6 Oktober ini, jam 12 tengah hari hingga 4 petang, bertepatan dengan sambutan Deepavali.

Pengguna juga boleh mengikuti akaun TikTok @VBoom bagi mendapatkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa dengan tawaran harga promosi.

Bagi peniaga yang berminat mengembangkan perniagaan, hubungi pasukan VBoom melalui mesej peribadi (DM) dan jadi sebahagian daripada komuniti usahawan digital yang dibimbing oleh tenaga berpengalaman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker