Jenayah seksual: Diddy dipenjara 4 tahun, peguam rayu bebas lebih awal

Pemuzik dan penerbit ternama Hollywood, Sean “Diddy” Combs, dijatuhi hukuman penjara empat tahun dua bulan kerana membawa individu merentas negeri bagi tujuan seksual.
Hukuman yang diputuskan pada Jumaat itu menamatkan perbicaraan persekutuan penuh pendedahan mengejut, dan menjadi detik kejatuhan besar figura hip-hop berusia 55 tahun itu. Dia turut dikenakan denda AS$500,000 (RM2.1 juta).
Diddy sudah menjalani setahun hukuman, menjadikan tempoh baki penjaranya kira-kira tiga tahun. Peguamnya merayu pembebasan awal atas alasan dia menunjukkan perubahan dan bebas pengaruh dadah.
Kes sebelum ini menyabitkan Diddy kerana menerbangkan teman wanita dan pekerja seks lelaki ke seluruh negara untuk aktiviti seksual berasaskan dadah.
Namun, dia terlepas tuduhan lebih berat melibatkan pemerdagangan seks dan jenayah terancang yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.




