Malaysia

Mat Sabu dirawat di IJN

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kini menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat berikutan simptom keletihan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil namun tidak menerima tetamu buat masa ini bagi membolehkan beliau berehat sepenuhnya.

Pejabat menteri turut merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker