Malaysia

Belanjawan 2026: Perpaduan pemacu utama keyakinan pelabur – Aaron

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyatakan komitmen penuh untuk mendukung agenda Kerajaan MADANI dengan menjadikan perpaduan nasional sebagai asas kepada pembangunan negara.

Menurut Menteri, Datuk Aaron Ago Dagang, perpaduan dilihat sebagai pemacu utama keyakinan pelabur, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Menerusi Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Rakyat, KPN menerima peruntukan sebanyak RM767.9 juta merangkumi RM650.4 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM117.5 juta untuk pembangunan, meningkat 7.96 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan ini dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan KPN dalam memperkukuh keharmonian sosial di Malaysia.

Antara projek utama yang diumumkan termasuk pelaksanaan program perpaduan dan integrasi bernilai RM55 juta, memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga dengan peruntukan sama, pembinaan tiga pusat aktiviti perpaduan di Terengganu, Perak dan Sarawak bernilai RM46 juta serta dana padanan RM5 juta untuk meremajakan Muzium Negara.

Dengan hala tuju yang lebih jelas dan peruntukan yang kukuh, KPN yakin dapat terus memainkan peranan sebagai peneraju dalam membina masyarakat yang harmoni, inklusif dan berpaksikan nilai sejagat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker