Malaysia
KL akan ditutup sepenuhnya minggu depan sempena Sidang ASEAN

Pusat bandar raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada minggu depan.
Seramai 16,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh negara terlibat bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.
PDRM juga akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi dari 23 hingga 28 Oktober ini.
Justeru, pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan mengadakan sidang kemuncak bermula 26 Oktober hingga 28 Oktober ini.



