Malaysia

Didapati bersalah, Ibu Zayn Rayyan dipenjara lima tahun 

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya.

Hakim Syahliza Warnoh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan membuktikan kes prima facie, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Kesalahan dilakukan antara 5 dan 6 Disember 2023 di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, lokasi tempat Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia berhampiran sungai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker