Malaysia

RHB siasat kakitangan muat naik gambar aib Anwar Ibrahim

RHB Banking Group (RHB) sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap tindakan seorang kakitangannya yang memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

Menurut RHB, kenyataan tular itu merupakan pandangan peribadi individu berkenaan dan tidak mencerminkan pendirian rasmi syarikat.

Pihak bank menegaskan mereka mengekalkan tahap profesionalisme serta integriti tertinggi dan akan mengambil tindakan disiplin jika didapati berlaku pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan.

Insiden itu tercetus selepas Siti Nurziswanis Mohd Zain, yang dipercayai kakitangan RHB cawangan Kulim, memuat naik gambar suntingan memaparkan wajah Anwar mengenakan pakaian bercorak bendera Israel.

Hantaran itu mengundang kecaman meluas daripada pengguna media sosial yang menganggap perbuatan tersebut biadab dan tidak wajar.

Susulan kritikan yang diterima, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook, menjelaskan bahawa tindakannya tidak berniat menghina sesiapa dan sudah memadam hantaran terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker