Pelancaran Pusat Data Cyberjaya DC2 mencerminkan kemampuan bakat tempatan dalam membangunkan infrastruktur digital bertaraf dunia tanpa bergantung sepenuhnya kepada syarikat antarabangsa. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, pembangunan pusat data tempatan merupakan langkah penting memperkukuh agenda kedaulatan digital negara, selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi hab digital serantau menjelang 2030. Katanya, kerajaan juga selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Akta Perkongsian Data, yang membolehkan penubuhan jawatankuasa penasihat dasar melibatkan pemimpin industri tempatan bagi membina ekosistem digital negara secara lebih berkesan. Gobind berkata demikian selepas merasmikan Pusat Data Cyberjaya DC2 yang dibangunkan oleh Basis Bay bersama ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) pada Rabu. Beliau menambah, inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan data.

Pelancaran Pusat Data Cyberjaya DC2 mencerminkan kemampuan bakat tempatan dalam membangunkan infrastruktur digital bertaraf dunia tanpa bergantung sepenuhnya kepada syarikat antarabangsa.
Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, pembangunan pusat data tempatan merupakan langkah penting memperkukuh agenda kedaulatan digital negara, selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi hab digital serantau menjelang 2030.
Katanya, kerajaan juga selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Akta Perkongsian Data, yang membolehkan penubuhan jawatankuasa penasihat dasar melibatkan pemimpin industri tempatan bagi membina ekosistem digital negara secara lebih berkesan.
Gobind berkata demikian selepas merasmikan Pusat Data Cyberjaya DC2 yang dibangunkan oleh Basis Bay bersama ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) pada Rabu.
Beliau menambah, inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan data.




