Malaysia
Bengkel cat, lapan kenderaan terbakar dipanah petir di Banting

Sebuah bengkel cat dan sebuah rumah bersebelahan di Sungai Sedu, Banting musnah dalam kebakaran petang semalam, yang turut memusnahkan lapan kenderaan di dalam premis berkenaan.
Kebakaran yang berlaku sekitar jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada panahan petir berdasarkan maklumat daripada JBPM Selangor.
Kerosakan melibatkan kenderaan, bahan cat, peralatan bengkel dan keseluruhan rumah berhampiran.
Pasukan bomba berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.20 malam.


