MAS diarah bayar pampasan kira-kira RM2 juta kepada lapan penumpang MH370

Mahkamah di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang MH370, lebih 10 tahun selepas pesawat itu hilang.
Keputusan Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang itu melibatkan bayaran melebihi 2.9 juta yuan (kira-kira RM2 juta) untuk setiap keluarga, merangkumi kos pengebumian, tekanan emosi dan kerugian lain.
Sebanyak 47 saman lain telah ditarik balik selepas waris mencapai penyelesaian di luar mahkamah, manakala 23 tuntutan masih belum diselesaikan.
Lapan penumpang yang terlibat telah diisytiharkan meninggal dunia secara sah.
Pengumuman ini dibuat selepas Malaysia memutuskan untuk menyambung semula pencarian MH370 pada akhir Disember, keputusan yang disambut baik oleh China dan keluarga mangsa.
MH370, yang membawa 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk China, Malaysia dan Australia, hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan sehingga kini belum ditemui.




