Keputusan AGC klasifikasi kes tembak DT sebagai kes bunuh disambut baik

Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai bunuh.
Peguam keluarga, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, memaklumkan bahawa sejak awal terdapat bukti kukuh yang menyokong siasatan di bawah kesalahan bunuh.
Menurut mereka, keluarga mangsa lega dengan keputusan tersebut dan berharap siasatan dapat dijalankan secara telus, adil dan berkesan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka turut menegaskan bahawa walaupun kehilangan tidak dapat diganti, keluarga mangsa berhak memperoleh keadilan di sisi undang-undang.
Sebelum ini, AGC mengarahkan siasatan kematian tiga lelaki berkenaan diklasifikasikan semula sebagai bunuh susulan laporan dan taklimat polis.




