Malaysia

Klinik haiwan terbiar di Damansara Damai abai anjing, kucing sehingga mati reput

Satu kes pengabaian haiwan terbongkar selepas seekor anjing dan seekor kucing ditemui mati dalam sangkar di sebuah klinik veterinar di Damansara Damai, Petaling Jaya, yang kini tidak lagi beroperasi.

Kes berkenaan didedahkan kepada Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) oleh bekas kakitangan klinik terbabit.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada Sabtu lalu dan perkara berkenaan turut dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

SAFM memaklumkan, keadaan bangkai haiwan yang ditemui menunjukkan unsur pengabaian serius, termasuk seekor anjing yang dipercayai cuba melepaskan diri daripada sangkar sebelum mati.

Pengabaian tersebut disifatkan sebagai pelanggaran tanggungjawab, undang-undang dan etika penjagaan haiwan.

Sehubungan itu, SAFM menggesa siasatan menyeluruh dijalankan oleh DVS dan Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), selain menuntut tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker