Malaysia
Jumlah kes influenza di Jepun kekal pada tahap amaran

Jumlah pesakit baharu influenza di Jepun kekal melebihi paras amaran, dengan purata 32.73 kes bagi setiap institusi perubatan pada minggu berakhir Ahad lalu, menurut data Kementerian Kesihatan Jepun. Paras amaran ditetapkan pada 30 kes bagi setiap institusi.
Walaupun jumlah itu menurun untuk minggu keempat berturut-turut selepas mencecah puncak 51.12 kes pada pertengahan November.
Pihak berkuasa kesihatan menggesa langkah pencegahan terus diperkukuh, amaran turut dikeluarkan berikutan jangkaan perhimpunan orang ramai sepanjang musim cuti hujung tahun.
Daripada 47 wilayah, Miyazaki merekodkan kadar tertinggi dengan 94.75 kes bagi setiap institusi, diikuti Kagoshima sebanyak 76.54 kes.




