Malaysia

VM2026: Rakyat Malaysia diseru lebih mesra kepada pelancong, elak tunjuk kemarahan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru rakyat Malaysia agar mempamerkan sikap ramah dan mesra dalam menyambut kehadiran pelancong antarabangsa sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), tanpa menunjukkan kemarahan.

Beliau menegaskan pembinaan imej positif negara bukan hanya bergantung kepada kerajaan, sebaliknya memerlukan komitmen seluruh rakyat termasuk dari segi layanan mesra dan kebersihan persekitaran.

Kementerian turut menerima aduan berhubung sikap segelintir pihak yang kurang mesra terhadap pelancong ketika menjawab pertanyaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak bersama-sama membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mesra, dengan budaya yang mencerminkan sikap mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia.

Tiong berkata demikian ketika menyambut ketibaan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) pagi tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker