Malaysia
Penjawat awam di KL, Putrajaya, Labuan diberi cuti gantian 2 Februari

Penjawat awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari cuti gantian pada Isnin, 2 Februari 2026.
Cuti gantian itu diberikan susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam yang jatuh pada Ahad, 1 Februari 2026, selaras dengan peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951.
Bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya, walaupun dua cuti umum jatuh pada tarikh sama, penjawat awam hanya layak kepada satu hari cuti gantian iaitu pada 2 Februari. Penetapan sama turut terpakai kepada penjawat awam di Labuan.
Penetapan cuti umum bagi pekerja swasta berhubung pertindihan perayaan tersebut tidak terpakai kepada penjawat awam.




