Selepas sebulan, Meta gesa Australia nilai semua larangan bawah 16 tahun

Meta menggesa Australia menilai semula larangan media sosial terhadap pengguna bawah 16 tahun selepas lebih 544,000 akaun bawah umur disekat sejak undang-undang baharu itu berkuat kuasa.
Larangan yang bermula 10 Disember lalu mewajibkan platform seperti Meta, TikTok dan YouTube menghalang pengguna bawah umur, dengan kegagalan mematuhi peraturan boleh dikenakan denda sehingga A$49.5 juta.
Dalam tempoh seminggu, Meta menutup 331,000 akaun Instagram, 173,000 Facebook dan 40,000 Threads.
Meta menegaskan komitmen mematuhi undang-undang namun mencadangkan pendekatan alternatif seperti pengesahan umur melalui kedai aplikasi dan kebenaran ibu bapa, sambil memberi amaran larangan menyeluruh berisiko menolak remaja ke platform kurang selamat dan tidak terkawal.




