Domain ‘AI.com’ milik usahawan Malaysia terjual RM276 juta, dibayar guna kripto

Usahawan Malaysia, Arsyan Ismail, menjual domain AI.com pada harga AS$70 juta (kira-kira RM276 juta) dalam urus niaga yang dibayar sepenuhnya menggunakan mata wang kripto.
Nilai itu menjadi harga tertinggi pernah didedahkan bagi penjualan nama domain, mengatasi rekod sebelum ini sebanyak AS$49.7 juta untuk CarInsurance.com pada 2010.
Domain berkenaan dibeli oleh Ketua Pegawai Eksekutif Crypto.com, Kris Marszalek, pada April 2025 melalui seorang broker.
Beliau merancang melancarkan platform kecerdasan buatan (AI) pengguna menggunakan jenama AI.com, yang dijangka diperkenalkan menerusi iklan Super Bowl hujung minggu ini.
Platform itu akan menawarkan ejen AI peribadi bagi membantu pengguna menghantar mesej, mengurus aplikasi dan berdagang saham, dengan antara muka lebih mudah untuk orang awam.




