DuniaTeknologi

Belum sempat jual, Lamborghini henti keluaran Lanzador EV kerana tiada siapa beli

Lamborghini membatalkan pengeluaran EV pertama mereka, Lanzador, kerana permintaan pasaran untuk model berkenaan sangat rendah.

Konsep Lanzador yang diperkenalkan pada 2023 sepatutnya dilancarkan pada 2029, namun syarikat memilih untuk tidak meneruskan penghasilan bagi mengelak kos tinggi kereta elektrik yang mungkin tidak terjual.

Pelanggan Lamborghini masih mengutamakan pengalaman emosi dengan deruman enjin petrol berkuasa tinggi. Syarikat akan terus menawarkan model PHEV seperti Revuelto dan Urus.

Langkah ini seiring dengan kegagalan jenama lain dalam elektrifikasi kenderaan legasi, termasuk Ford, Porsche dan Harley-Davidson, yang menghadapi masalah jualan rendah dan kerugian besar dengan model EV mereka.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker