
Dakwaan bahawa Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bukan milik Johor Darul Ta’zim (JDT) disifatkan sebagai tidak benar dan mengelirukan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd Hairi Mad Shah menegaskan stadium berkapasiti 38,000 penonton itu adalah milik JDT di bawah naungan serta perkenan Tunku Mahkota Ismail selaku pemilik kelab.
Menurutnya, pembinaan stadium berkenaan merupakan sebahagian daripada visi untuk membangunkan ekosistem sukan bertaraf dunia di Johor, manakala pengurusan tadbir urus diserahkan kepada Perbadanan Stadium Negeri Johor secara profesional.
Beliau turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi dan menyemak fakta sebelum membuat kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi institusi sukan negeri.



