Uncategorized

Kuil Hindu di Rawang selesai dibersihkan pagi tadi

Kuil Sri Utchimalai Muniswaran di Rawang Perdana, Gombak selesai dibersihkan awal pagi tadi selepas semua patung berhala dipindahkan oleh pihak pengurusan kuil.

Ketua Polis Selangor mengesahkan kerja pemindahan empat patung berhala dilakukan antara jam 9.30 malam hingga 4.12 pagi sebelum pemilik tanah memulakan kerja pembersihan tapak kira-kira jam 4 pagi tadi.

Proses tersebut berjalan lancar di bawah pemantauan polis tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Polis turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati proses perundangan dan tidak menimbulkan isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker