Malaysia

Himpunan Tangkap Azam Baki berlangsung aman di Ibu Pejabat SPRM

Perhimpunan Tangkap Azam Baki berlangsung aman di hadapan Ibu Pejabat SPRM pada pagi Jumaat dengan kurang 100 peserta hadir.

Antara tuntutan dibuat adalah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Peserta mendesak RCI diketuai tokoh berwibawa bagi memastikan siasatan bebas dan berintegriti, serta meminta tindakan pentadbiran sementara, termasuk penggantungan tugas Azam sepanjang siasatan.

Bantahan itu berkait dakwaan kewujudan mafia korporat dan isu lain yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya.

Selain itu, desakan turut termasuk reformasi struktur SPRM, dengan cadangan ketua SPRM dipilih secara langsung oleh rakyat untuk memperkukuh akauntabiliti dan keyakinan awam terhadap integriti siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker