Malaysia
Kematian Ali Khamenei: Iran berkabung 40 hari

Iran mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan kematian Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.
Sepanjang tempoh itu, majlis doa dan penghormatan akan diadakan di seluruh negara, bendera dikibarkan separuh tiang dan beberapa program rasmi dijangka ditangguhkan.
Media kerajaan melaporkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan politik Iran.
Beliau memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam pentadbiran negara itu.



