Malaysia

UAE dijangka sambut Aidilfitri pada Jumaat, cukup puasa 30 hari

Emiriah Arab Bersatu menjangkakan Aidilfitri 1447H berkemungkinan disambut pada Jumaat, 20 Mac, berdasarkan pengiraan astronomi yang menunjukkan anak bulan Syawal sukar dilihat pada malam cerapan 29 Ramadan.

Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah memaklumkan kedudukan bulan pada ketika itu terlalu rendah di ufuk dan terbenam lebih awal, menjadikan cerapan hampir mustahil walaupun menggunakan teleskop.

Keadaan itu menunjukkan Ramadan dijangka genap 30 hari di negara berkenaan.

Namun, tarikh sebenar Aidilfitri di setiap negara termasuk Malaysia tetap bergantung kepada keputusan rasmi pihak berkuasa agama selepas proses cerapan anak bulan dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker