Malaysia

Bekalan Aidilfitri cukup sebulan, orang ramai diminta tidak panik – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan menjelang Aidilfitri adalah mencukupi meskipun berlaku ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik kerana kerajaan telah membuat pemantauan awal bersama agensi berkaitan serta pemain industri.

Beliau turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua kementerian memantau situasi semasa serta menyediakan unjuran dan pelan kontingensi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Menurut Armizan, KPDN akan terus memantau bekalan di pasaran bagi memastikan tiada gangguan sepanjang musim perayaan, dengan persiapan dibuat bersama Kementerian Pertanian serta pemborong, pengeluar dan peruncit.

Bekalan itu juga disediakan bagi menampung keperluan sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri yang lazimnya berlanjutan sehingga sebulan melalui penganjuran rumah terbuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker