Malaysia

“Bukan main laju respon kalau agama lain, bila al Quran, senyap?” – Ridhuan Tee

Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegur sikap segelintir ahli politik yang didakwanya lebih cepat bersuara apabila melibatkan isu penghinaan terhadap agama lain berbanding apabila agama Islam dihina.

Beliau berkata keadaan itu menimbulkan persepsi seolah-olah wujud pendekatan berbeza dalam menangani isu sensitiviti agama di negara ini, khususnya apabila melibatkan kes penghinaan terhadap al-Quran.

Menurutnya, terdapat pihak yang lantang bercakap mengenai penghinaan agama lain, namun dilihat lebih perlahan atau kurang tegas apabila melibatkan penghinaan terhadap Islam.

Ridhuan Tee turut mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang sering menuduh orang lain menunggang agama, tetapi pada masa sama didakwa menggunakan isu agama untuk kepentingan politik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker