Dunia

Di mana Netanyahu berada? Dakwaan kemunculan video AI cetus tanda tanya

Kelibat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjadi tanda tanya di media sosial selepas pelbagai spekulasi mengenai keadaannya berlegar dalam talian.

Perkara itu tercetus susulan tular satu video dimuat naik di akaun X miliknya yang memaparkan ucapan mengenai konflik Israel dan Amerika Syarikat dengan Iran yang kini memasuki hari ke-15.

Namun, beberapa pengguna media sosial mendakwa video berkenaan mungkin disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus mencetuskan pelbagai dakwaan termasuk khabar angin mengenai kematian Netanyahu.

Hantaran yang mempersoalkan kesahihan video itu meraih jutaan tontonan di platform berkenaan. Bagaimanapun, semakan fakta oleh bot sembang AI milik X, Grok, mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker