Keberadaan Mojtaba Khamenei pula jadi tanda tanya, Trump tercari-cari

Keberadaan pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, menjadi tanda tanya apabila beliau masih belum muncul di khalayak selepas dilaporkan menggantikan bapanya, Ali Khamenei, yang dikatakan maut dalam serangan perang.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan Washington sendiri tidak pasti sama ada Mojtaba masih hidup atau sebaliknya susulan pelbagai laporan tidak rasmi mengenai keadaannya.
Antara dakwaan yang beredar termasuk Mojtaba cedera parah, kehilangan anggota badan atau mungkin sudah meninggal dunia. Namun sehingga kini beliau tidak membuat sebarang kemunculan atau kenyataan awam.
Ketidakpastian itu turut menimbulkan persoalan mengenai siapa yang sebenarnya memimpin Iran ketika ini, sekali gus menyukarkan Amerika Syarikat menentukan pihak yang boleh dirunding di Tehran.



