Malaysia
Cuti Raya mengejut beri tekanan kepada ekonomi – William Ng

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, William Ng menggesa kerajaan menghentikan amalan mengumumkan cuti umum secara mengejut kerana memberi tekanan kewangan kepada perniagaan, khususnya PMKS.
Menurutnya, pengumuman saat akhir seperti cuti tambahan Aidilfitri menjejaskan operasi apabila syarikat terpaksa menanggung kos lebih tinggi termasuk penalti kontrak dan bayaran gaji tambahan.
Sektor perkhidmatan, peruncitan serta makanan dan minuman antara paling terkesan susulan gangguan jadual dan stok.
Beliau turut menegaskan cuti umum perlu dirancang lebih awal dalam takwim rasmi bagi mengelakkan kerugian kepada perniagaan, selain mencadangkan semakan semula Akta Hari Kelepasan 1951.




