Malaysia
Pasangan buat aksi terlarang di jirat Cina dipenjara 12 bulan

Seorang lelaki, 58, dan seorang wanita, 37, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah melakukan aksi lucah melampau di tanah perkuburan Cina Batu Gantong pada Ahad lalu.
Kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum dua tahun penjara.
Perbuatan itu dianggap lebih serius kerana pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan.
Peguam memohon hukuman ringan memandangkan tanggungan keluarga dan keadaan kesihatan ahli keluarga tertuduh.
Namun Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin memohon mahkamah mengekalkan hukuman sebagai pengajaran kepada orang awam.



