Malaysia

Hampir 3 juta pelancong masuk Malaysia ketika konflik Asia Barat – Tiong

Sektor pelancongan negara kekal kukuh walaupun konflik di Asia Barat selepas merekodkan 2.84 juta ketibaan pelancong antarabangsa antara 1 hingga 26 Mac.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, ASEAN kekal penyumbang terbesar dengan lebih 2 juta pelawat, diikuti Asia Timur yang meningkat 12.8 peratus, didorong lonjakan pelancong dari China.

Sebaliknya, ketibaan dari Asia Barat merosot 40.3 peratus akibat ketegangan geopolitik, manakala beberapa rantau lain seperti Eropah, Oceania dan Asia Tengah masih mencatatkan pertumbuhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker