Malaysia
Karam Singh Walia meninggal dunia, negara kehilangan ikon penyiaran

Ikon penyiaran negara, Datuk Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang kira-kira jam 3.30 pagi.
Pemergiannya disifatkan sebagai kehilangan besar buat dunia kewartawanan negara.
Beliau dikenali menerusi Buletin TV3 sejak 1990-an dan terkenal dengan gaya penyampaian unik termasuk pantun dalam laporan berita.




