Malaysia

Penjawat awam digalak pakai baju batik ketika suhu pejabat diselaras 24°c

Kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja susulan langkah penyelarasan suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, memaklumkan pemakaian batik yang sebelum ini diwajibkan pada Khamis kini digalakkan sebagai alternatif pakaian pejabat, selaras garis panduan etika berpakaian penjawat awam.

Langkah itu dilihat membantu keselesaan pegawai dalam persekitaran pejabat yang kurang sejuk, selain menyokong usaha kerajaan mengawal penggunaan tenaga di bangunan awam seperti diumumkan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker